Salah sebuah kediaman terbakar dalam kejadian 70 letupan di sekirar Boston yang dipercayai berpunca daripada kebocoran saluran paip gas. foto Reuters

MASSACHUSETTS – Sekurang-kurangnya enam orang cedera dan beratus-ratus diperintahkan untuk mengosongkan rumah mereka selepas 70 letupan menggegarkan tiga komuniti di Boston.

Letupan itu dipercayai akibat kebocoran paip gas.

Kejadian yang berlaku di Lawrence, Andover dan utara Andover itu menyebabkan bekalan elektrik dan perkhidmatan gas terpaksa dipotong.

Mereka yang cedera termasuk ahli-ahli bomba.

Polis Massachusetts berkata, pihaknya menerima laporan kejadian 70 kebakaran dan letupan dan kebocoran gas.

Pihak polis percaya kes ini tidak membabitkan penganiayaan memandangkan letupan pertama berlaku disebabkan terlebih tekanan dalam saluran paip gas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast