Para pekerja membuka papan iklan dalam persiapan menghadapi Taufan Mangkhut yang diramalkan pada Sabtu ini. foto Reuters

MANILA – Beribu-ribu penduduk dipindahkan dari perairan Filipina menjelang Taufan Mangkhut.

Taufan Mangkhut yang dikategorikan taufan tahap 4 dijangka melanda utara Kepulauan Luzon pada Sabtu ini.

Sekolah dan pejabat ditutup.

Manakala para petani masih memunggah hasil tanaman dan ternakan ke tempat yang lebih selamat.

Taufan itu dijangka menjejaskan 10,000 orang penduduk dengan jutaan lagi di sebelah perairan selatan China.

Sebanyak 20 taufan melanda Filipina setiap tahun.

Jabatan Kaji Cuaca berkata, Taufan Mangkhut adalah ribut paling kuat setakat tahun ini dengan 900 kilometer diameter dan kelajuan angin sekurang-kurangnya 209 kilometer sejam.

Ribut dengan angin selaju 255 kilometer sejam yang dikategori lima telah melanda Pulau Utara Mariana dan Guam.

Pihak berkuasa Filipina telah memberi amaran hujan lebat yang menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast