Tiga warga Indonesia yang dibebaskan oleh Kumpulan Abu Sayyaf semalam. foto Agensi

BANDAR ZAMBOANGA – Kumpulan Abu Sayyaf membebaskan tiga warga Indonesia di Kampung Buanza, Pekan Indanan, Sulu, tengah hari semalam.

Pegawai Hal-Ehwal Awam barat Mindanao, Kolonel Gerry Besana mengesahkan pembebasan tiga warga Indonesia itu tetapi enggan memberi butiran lanjut.

Menurut Philippine Daily Inquirer yang memetik sumber unit perisikan di Sulu, pembebasan tiga orang Indonesia di Buanza hasil kerjasama Pasukan Petugas Bersama Sulu, Brig Jeneral Divino Rey Pabayo dan Supritenden Pablo Labra, Pengarah Polis Daerah di Sulu.

Para tawanan pada asalnya dibebaskan kepada Gabenor Sulu, Abdusakur Tan dan kemudian diserahkan kepada Pabayo dan Labra untuk memberi keterangan dan rawatan di hospital. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast