minyak

SEOUL- Harga minyak didagangkan hampir AS$69 setong selepas syarikat minyak Amerika Syarikat menambah aktiviti carigali manakala para pelabur pula optimis Arab Saudi dan Rusia berpotensi memenuhi bekalan yang dikosongkan Iran.

Kontrak hadapan mengalami sedikit perubahan di New York selepas naik 0.6 peratus pada Jumaat.

Menteri Tenaga Rusia, Alexander Novak dan rakan sejawatnya, Khalid al-Falih bertemu di Moscow pada Sabtu bagi mengesahkan komitmen masing-masing dalam menstabilkan harga dan sekaligus memberi maklum balas kepada sebarang perubahan dalam pasaran.

Minyak mentah berada di bawah paras AS$70 setong sejak pertengahan Julai apabila ketegangan perdagangan antara China-AS timbul dan mengancam pertumbuhan ekonomi dunia.

Spekulasi turut berlegar sama ada jurang bekalan mampu diisi apatah lagi selepas sekatan AS menyekat eksport minyak Iran.

Para pedagang mencari penyelesaian lebih jelas apabila ahli-ahli OPEC bertemu dengan sekutu-sekutu mereka di Algeria minggu ini bagi berbincang mengenai output masing-masing.- MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast