TERKINI : Najib Hadapi 25 Pertuduhan Hari Ini

Bekas perdana, Datuk Seri Najib Razak tiba di kompleks Mahkamah di Jalan Duta di sini untuk berdepan dengan pendakwaan terbaru.

Beliau tiba kira-kira pukul 1.48 petang dengan dikawal rapi oleh anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.

Ketibaannya diserbu pengamal media yang telah menunggu sejak pukul 12 tengahari tadi.

Beliau dijangka menghadapi 25 pertuduhan berkaitan kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun peribadi dan satu kes berkaitan skandal 1MDB.

Ketika ini barisan peguambela Najib yang diketuai Tan Sri Shafiee Abdullah turut telah berada di situ.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast