HANOI – Seorang pengguna Facebook dipenjara selam adua tahun setengah oleh Mahkamah Vietnam kerana mengkritik kerajaan.

Keputusan itu dibuat selepas beberapa hari Vietnam memenjarakan pengguna Facebook lain selama dua tahun tiga bulan bagi pertuduhan sama.

Tertuduh, Bui Manh Dong, 40, didapati bersalah kerana menyalahguna kebebasan demokratik untuk melanggar kepentingan negara, menurut Kementerian Keselamatan Awam.

Dong didakwa menulis dalam dua akaun Facebook yang “menyimpang dari garis panduan dan dasar parti dan negeri itu serta memfitnah parti dan pemimpin negara,” kata kementerian itu.

Aktiviti Dong “menjejaskan peranan utama parti dan kerajaan,” kata polis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast