Parti Rakyat Malaysia (PRM) memberi amaran awal kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Presiden PKR itu bukan calon pilihan untuk menang pada Pilihan Raya Kecil Port Dickson 13 Oktober ini.
Calonnya, Ahmad Kamarudin berkata, pihaknya mengingatkan PKR supaya tidak memperlekehkan kewibawaan PRM walaupun parti itu tidak lama aktif dalam arena politik tempatan.
Ahli biasa PRM itu menganggap tiga calon Bebas yang merancang bertanding di Port Dickson bukan ancaman, termasuk Pas, mahu berdepan PKR satu lawan satu bagi mempersoalkan ideologi rakyat dan ‘panji panji’ merah dan perkataan ‘rakyat’ yang ‘diseludup’ PKR.
“Ingat wahai Anwar, jangan memperlekeh kami (PRM), warna merah yang merupakan panji panji kami adalah milik PRM dan begitu juga perkataan rakyat yang digunakan PKR sehingga kini.