Aung San Suu Kyi

TORONTO- Ahli-ahli Parlimen Kanada sepakat mengundi untuk menarik balik status warganegara kehormat daripada pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi berikutan jenayah yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan wanita tersebut terhadap etnik Rohingya.

Bagaimanapun, langkah yang diambil oleh Dewan Rakyat Kanada itu tidak mempunyai kesan segera kerana status kewarganegaraan kehormat diberikan hasil persepakatan di antara Dewan Rakyat dan Dewan Senat negara tersebut.

Suu Kyi menerima status kewarganegaraan kehormat tersebut pada 2007.

Perdana Menteri, Justin Truedeau memberitahu wartawan pada Rabu yang beliau bersedia untuk menarik semula status tersebut namun ianya tidak mampu menghentikan krisis di Myanmar.

Usul untuk menarik balik status kewarganegaraan kehormat itu dicadangkan oleh ahli Parlimen Pembangkang, Gabriel Ste Marie yang menyifatkan langkah tersebut sebagai satu simbol yang baik.-Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast