Taliworks
Taliworks Corporation

KUALA LUMPUR- Pemegang-pemegang saham Taliworks Corporation Bhd telah meluluskan cadangan terbitan bonus dua untuk tiga pada satu mesyuarat agung luar biasa hari ini.

Menurut syarikat itu, terbitan bonus yang dijadualkan siap menjelang pertengahan Oktober tahun ini, membabitkan terbitan saham baharu berjumlah sehingga 967.59 juta.

“Berikutan penyempurnaan terbitan dan bersama-sama dengan andaian penukaran kesemua waran sedia ada, modal saham semasa kami akan meningkat kepada RM849.59 juta, merangkumi 2.42 bilion saham,” kata Taliworks dalam satu kenyataan hari ini.

Pengarah Eksekutif Datuk Ronnie Lim berkata terbitan bonus itu akan membolehkan penyertaan pemegang saham yang lebih besar dalam ekuiti syarikat dari segi bilangan saham, sementara mengekalkan peratusan kepentingan ekuiti yang mereka pegang.

“Selain itu, kami harap pertambahan bilangan saham dalam terbitan akan membawa kepada peningkatan dalam kecairan urus niaga Taliworks serta kebolehpasarannya di pasaran utama Bursa Sekuriti Malaysia Bhd,” katanya.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast