KUALA LUMPUR – Perak meraih slot terakhir ke separuh akhir saingan Piala Malaysia selepas menewaskan PKNS FC 2-0 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Shah Alam, Selangor malam tadi.

Kemenangan itu menyaksikan juara Piala Malaysia sebanyak tujuh kali mara ke pusingan empat terakhir dengan agregat 2-0, selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada suku akhir pertama di Stadium Perak, Selasa lalu.

Pemain import dari Brazil, Wander Luiz menjadi wira skuad ‘Bos Gaurus’ apabila menjaringkan kedua-dua gol itu pada minit ke-23 dan 57 untuk bertemu Sabah pada separuh akhir. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast