Banjir kilat di KM 23.4-KM 24 arah Selatan berdekatan IOI Mall di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di Bandar Puteri Puchong, petang tadi.

KUALA LUMPUR – Hujan lebat lebih dua jam sejak pukul 4 petang ini mengakibatkan banjir kilat di KM 23.4-KM 24 arah Selatan berdekatan IOI Mall di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di Bandar Puteri Puchong dekat sini.

Menurut laman Twitter LDP, kejadian banjir kilat kira-kira 5.00 petang itu disebabkan oleh hujan yang sangat lebat dengan taburan sebanyak 108.5mm.

“Pasukan Kecemasan diarah untuk berada di lokasi bagi membantu pengguna yang memerlukan bantuan segera.

“Setakat pukul 6.07 petang, semua lorong kini boleh dilalui serta banjir kilat mulai surut dan trafik sesak,” katanya melalui laman twitter rasminya hari ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian laman Twitter rasmi @LDPtrafik atau menghubungi talian bantuan LDP menerusi 03-7494 7333.

Pengguna dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal.

Rakaman banjir kilat berdurasi 30 saat di lebuh raya itu kini tular dalam laman sosial.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast