KUALA LUMPUR – Keadaan hujan dan ribut petir diramal berlaku di Selangor sehingga Rabu depan.
Menurut laman web rasmi Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia), cuaca seperti itu turut berlaku di kawasan pantai pada waktu pagi sementara ribut petir diramalkan berlaku di kawasan pedalaman pada sebelah petang.
Antara kawasan-kawasan di Selangor yang akan terlibat termasuk Sabak Bernam, Kuala Selagor dan Sepang.
Sementara itu di Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat, Klang dan Petaling, cuaca dijangka cerah pada hari esok.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan lebih berwaspada dalam tempoh berkenaan dan sentiasa mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web METMalaysia di www.met.gov.my.
Maklumat mengenai cuaca lebih mudah diperoleh, dengan menggunakan aplikasi myCuaca, media sosial METMalaysia, malaysiamet dan twitter @malaysianmet serta MMD Hotline di talian 1-300-22-1638. – MalaysiaGazette