Cristiano Ronaldo. foto Agensi

WASHINGTON – Nike sangat prihatin berhubung tuduhan rogol yang dibuat ke atas pemain bola sepak, Cristiano Ronaldo.

Syarikat pakaian sukan gergasi Amerika Syarikat itu mempunyai kontrak bernilai AS$1 bilion dengan Ronaldo itu berkata, ia akan memantau situasi itu secara rapat.

EA Sports yang mempunyai kontrak dengan Ronaldo juga membuat komen yang sama.

Dalam satu kenyataan, Nike berkata: “Kami amat prihatin dengan dakwaan yang menggangu dan akan terus memantau keadaan.”

EA Sports pula memberitahu AP: “Kami telah melihat laporan terperinci terhadap Cristiano Ronaldo.

“Kami sedang mengawasi keadaan dengan teliti, seperti yang kita harapkan para atlet dan duta supaya menjaga kedudukan mereka selaras dengan nilai EA.”

Bagaimanapun, Ronaldo, 33, telah menafikan tuduhan yang dibuat oleh Kathryn Mayorga.

Mayorga sebelum ini mendakwa bintang bola sepak itu telah merogolnya di sebuah hotel di Las Vegas pada tahun 2009.

Wanita berusia 34 tahun itu merupakan bekas guru telah diberi inspirasi oleh pergerakan #MeToo untuk membuat pendedahan tersebut, kata peguamnya, Leslie Stovall.

Dalam perkembangan berasingan, Juventus – kelab Itali yang disertai Ronaldo dengan bayaran 99.2p juta pound ada bulan Julai – mempertahankan pemainnya.

Dalam tweetnya, Juventus berkata: “Cristiano Ronaldo telah menunjukkan profesionalisme dan dedikasinya yang hebat, yang dihargai oleh Juventus”. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast