Mahathir Mohamad
Reaksi ceria Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali ketika melambai tangan kepada orang ramai semasa menaiki lif selepas hadir pada Majlis Persidangan Sulung Hari Warga Emas Sedunia 2018 di Petrosains, Suria KLCC, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 06 OKTOBER 2018

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ajaran Islam tidak menyuruh umatnya untuk mencari kesalahan secara keterlaluan.

Apatah lagi jelas Perdana Menteri, kesalahan itu dicari sehingga menceroboh kediaman orang lain.

“Islam tidak suruh kita nak cari salah sahaja sampai hendak ‘rabat’ (panjat) rumah orang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan 2018 Penuaan, Pembelajaran & Teknologi: Memperkayakan Kehidupan, Menghubungkan Komuniti di Petrosains KLCC di sini hari ini.

Turut hadir isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Mahathir diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bahawa tiada lagi operasi ketukan pintu di waktu tengah malam oleh pihak berkuasa agama yang menyiasat laporan khalwat atau salah laku lain.

Sebaliknya, Muhajid menegaskan apa yang dilakukan oleh orang Islam di belakang pintu tertutup bukanlah urusan pihak kerajaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast