PUTRAJAYA – Seorang broker jualan kenderaan bergelar Datuk, yang ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa membabitkan projek kerajaan bernilai jutaan ringgit, dibebaskan hari ini.
Majistret Ahmad Afiq Hasan di Mahkamah Majistret Putrajaya mengarahkan individu tersebut dibebaskan dengan jaminan RM50,000 tunai dan RM150,000 jamin mulut dengan dua orang penjamin.
Lelaki berumur 40 tahun itu sebelum ini direman enam hari sehingga hari ini selepas ditahan di ibu pejabat SPRM pada Rabu lepas.
Sumber SPRM sebelum ini memberitahu individu tersebut dipercayai berperanan sebagai proksi dan ‘runner’ dalam urusan pemindahan wang rasuah membabitkan syarikat kontraktor.
Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
— BERNAMA