KUALA LUMPUR – Persidangan Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Parlimen ke-14 Isnin ini akan dimulakan dengan upacara mengangkat sumpah ahli Parlimen Port Dickson, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini secara tidak rasmi menang pilihan raya kecil di situ.
Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah dalam kenyataan kelmarin memberitahu:
“Urusan pertama mesyuarat bagi minggu pertama dimulai dengan upacara mengangkat sumpah anggota Parlimen bagi mengisi kerusi Parlimen Port Dickson pada 15 Okt pukul 10 pagi dan akan diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-undang dan urusan kerajaan yang lain,” katanya. – MalaysiaGazette
Sidang kedua Parlimen ke-14 berlangsung 30 hari
Tidak rasmi: Anwar atasi catatan majoriti Danyal di Port Dickson