Jamal Khashoggi
Jamal Khashoggi

ISTANBUL – Para penyiasar forensik Turki sudah menyiasat bangunan dan kediaman konsulat Arab Saudi di sini.

Siasatan terhadap kehilangan Jamal Khashoggi sejak 2 Oktober lalu kini dijalankan secara meluas.

Sumber pegawai Turki berkata, kemungkinan mayat wartawan itu sudah ditanam di sebuah kawasan hutan.

Khashoggi hilang selepas memasuki pejabat konsulat Arab Saudi untuk mendapatkan dokumen perkahwinannya.

Dia kemudian tidak keluar dari konsulat tersebut.

Arab Saudi menafikan mengetahui apa menimpa wartawan tersebut.

Beberapa sampel telah diambil dari bangunan dan kediaman konsulat Arab Saudi dalam siasatan yang dijalankan bagi menguji sepadanan dengan DNA Khashoggi.

Dalam perkembangan berasingan seorang pegawai Turki memaklumkan kepada ABC News bahawa Mike Pompeo Syarikat telah mendengar audio pembunuhan Khashoggi namun dinafikan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Turki mendakwa ia mempunyai audio dan video sebagai bukti pembunuhan Khashoggi namun ia tidak mendedahkannya. – MalaysiaGazette- Para penyiasar forensik Turki sudah menyiasat bangunan dan kediaman konsulat Arab Saudi di sini.

Siasatan terhadap kehilangan Jamal Khashoggi sejak 2 Oktober lalu kini dilakukan secara meluas.

Sumber pegawai Turki berkata, kemungkinan mayat wartawan itu sudah ditanam di sebuah kawasan hutan.

Khashoggi hilang selepas memasuki pejabat konsulat Arab Saudi untuk mendapatkan dokumen perkahwinannya.

Dia kemudian tidak keluar dari konsulat tersebut.

Arab Saudi menafikan mengetahui apa menimpa wartawan tersebut.

Beberapa sampel telah diambil dari bangunan dan kediaman konsulat Arab Saudi dalam siasatan yang dijalankan bagi menguji sepadanan dengan DNA Khashoggi.

Dalam perkembangan berasingan seorang pegawai Turki memaklumkan kepada ABC News bahawa Mike Pompeo Syarikat telah mendengar audio pembunuhan Khashoggi namun dinafikan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Turki mendakwa ia mempunyai audio dan video sebagai bukti pembunuhan Khashoggi namun ia tidak mendedahkannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast