Najib Tun Razak
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini sekumpulan pelajar Universiti Malaya (UM) mendakwa berlaku peningkatan yuran pengajian tanpa notis pemberitahuan awal.

Susulan itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Facebooknya berseloroh menyindir kerajaan Pakatan Harapan hanya memberikan janji untuk memberikan pendidikan percuma namun sebaliknya yang berlaku.

Najih juga berseloroh berkata, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hanya menumpukan isu warna kasut dan stokin dan menghantar penasihatnya ke London.

“Oh, naik yuran? Dijanjikan hapus PTPTN, yang dapat apa? Sindiran dan kritikan kerana tak bayar PTPTN.

“Dijanjikan pendidikan percuma, yang dapat apa? Yuran universiti dinaikkan. Menteri sibuk dgn warna kasut dan stokin. Penasihat pula ke London buat kajian,” katanya.

Tambahnya lagi, inilah Malaysia Baru yang disajikan oleh Pakatan Harapan selepas memenangi pilihan raya yang lalu.

Facebook NajibKumpulan dikenali sebagai Suara Siswa dan mewakili penuntut dari pelbagai fakulti pada Khamis yang lalu mendakwa UM menaikkan yuran sebanyak RM50 untuk penuntut tempatan dan RM3,000 untuk penuntut luar negara.

Mereka turut mengesyaki berlaku perlanggaran kontrak kerana difahamkan universiti awam berdepan pemotongan bajet selain mendakwa pentadbiran Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) itu gagal membalas memorandum ditandatangani oleh 6,000 penuntut.

Maszlee kemudian berkata, pihaknya sudah berhubung dengan universiti terbabit bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu berkenaan.

Sebelum isu UM, tular di media sosialPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Wan Saiful Wan Jan memuat naik beberapa keping gambar bersama delegasi Kementerian Pendidikan ke London bagi memahami sistem sekolah di sana.

Maszlee menafikan penasihat khasnya dan rombongan delegasi itu dihantar dengan menggunakan peruntukan Kementerin Pendidikan. -MalaysiaGazette

Lawatan Wan Saiful tak guna dana kementerian – Maszlee

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast