Sehingga jam 11.30 pagi ini sebanyak 46,308 tandatangan dikumpul sebagai tanda bantahan terhadap cadangan ratifikasi ICERD oleh kerajaan PH.
Sehingga jam 11.30 pagi ini sebanyak 46,308 tandatangan dikumpul sebagai tanda bantahan terhadap cadangan ratifikasi ICERD oleh kerajaan PH.

KUALA LUMPUR – Petisyen membantah cadangan meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) mencapai lebih 34,700 sokongan sehingga jam 10 pagi ini.

Sokongan yang meningkat sekali ganda berbanding lebih 21,000 pada jam 11 pagi semalam menunjukkan rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menandatangani ratifikasi ICERD.

Tinjauan MalaysiaGazette ke laman sosial Facebook seorang peguam, Lukman Sheriff, mendapati jumlah sokongan petisyen itu, yang masuk hari kedua semakin meningkat dan menghampiri ke angka sasaran, iaitu 35,000 tandatangan untuk hari ini.

Menurut Lukman, petisyen itu akan dihentikan sebaik sahaja mencecah 100,000 tandatangan, yang kemudian akan diserahkan kepada kerajaan dan Raja-Raja Melayu.

ICERD adalah salah satu konvensyen antarabangsa hak asasi manusia yang telah berkuatkuasa pada tahun 1969 lagi, tetapi kerajaan Malaysia tidak pernah menandatanganinya apatah lagi meratifikasinya.

Bagaimanapun, setelah Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy cuba untuk menandatanganinya.

Menurut petisyen itu, sekiranya ICERD diratifikasikan, maka beberapa hak keistimewaan orang Melayu seperti Majlis Amanah Rakyat Malaysia (Mara), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) akan ditutup.

Bukan itu sahaja, rizab tanah Melayu, biasiswa untuk Bumiputera, diskaun rumah Bumiputra dan tender serta lesen perniagaan perlu dihapuskan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast