LONDON – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mendedahkan dia tidak berminat untuk mendapatkan khidmat bintang Arsenal.
Metro.co.uk melaporkan, Klopp memberi dua faktor yang menyebabkan pemain tengah itu tidak menjadi pilihannya.
“Ramsey tidak memenuhi kriteria pemain yang dicari Liverpool kerana dia akan berusia 28 tahun pada Boxing Day.
“Klopp juga tidak berminat untuk membawa masuk pemain ke Anfield yang menghampiri usia 30 tahun selain melihat rekod kecederaan pemain tengah itu,” kata laporan itu.
Arsenal sebelum memberitahu Ramsey tidak akan ditawarkan kontrak baharu.
Ini bermaksud bintang Wales itu akan meninggalkan Arsenal sama ada pada Januari atau hujung kempen musim ini.
Namun Manchester United dan Chelsea turut menunjukkan minat terhadap Ramsey.- MalaysiaGazette