Syed Badli Shah Syed Othman
Syed Badli Shah Syed Osman.

KUALA LUMPUR – Calon PKR dinasihatkan tidak ghairah untuk mengumumkan diri sendiri sebagai pemenang kerana pemilihan masih berlangsung dan belum sampai ke garisan penamat.

Malah masih ada sejumlah besar undi ragu yang masih belum dikira dan kemungkinan besar berlaku pemilihan semula di cabang Julau dan Tawau kerana masalah teknikal, kata Penolong Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Pusat, Syed Badli Shah Syed Osman.

Menurut beliau, ada rakaman video yang tular menunjukkan pengundi boleh mengundi secara berulang kali di cabang Tawau manakala Jawatankuasa Pemilihan Parti mengesahkan hampir sembilan tablet yang digunakan ketika pengundian di cabang Julau telah digodam.

“Kemenangan besar calon timbalan presiden, Rafizi Ramli di cabang Pensiangan merapatkan jurang antara penyandang dan pencabar di bawah 4,000 majoriti.

“Justeru kepada semua pihak diminta bertenang dan tidak terlalu ghairah mengumumkan diri sendiri sebagai pemenang kerana perlawanan masih belum tamat,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast