Datin Seri Rosmah Mansor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Jenayah 14 hari ini atas pertuduhan meminta dan menerima rasusah membabitkan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah sekolah Sarawak.
Isteri bekas Perdana Menteri itu yang berdiri tenang dengan berpakaian baju kurung batik berwarna hijau membuat pengakuan tidak bersalah itu di hadapan Hakim Azman Ahmad semasa pertuduhan ke atasnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah Beliau terdahulu tiba ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dtemani suamninya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan diiringi para pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekitar 2.06 petang.
Rosmah menghadapi dua pertuduhan membabitkan projek pemasangan tenaga solar hibrid di sekolah sekolah negeri Sarawak.