Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu berkata beliau tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pihak memperlekeh dan menyebarkan gambar beberapa bekas pemimpin yang kini berdepan pendakwaan di mahkamah dengan menyatakan mereka 'berlakon sakit'.
Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu berkata beliau tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pihak memperlekeh dan menyebarkan gambar beberapa bekas pemimpin yang kini berdepan pendakwaan di mahkamah dengan menyatakan mereka ‘berlakon sakit’.

Beliau berkata tindakan seperti itu tidak mencerminkan kematangan dalam berpolitik dan budaya sebagai rakyat Malaysia.

“Kita seharusnya mendoakan sesiapa sahaja yang sakit disembuhkan segera dan bukannya memperlekehkan mereka,” kata Mohamad Sabu yang juga Menteri Pertahanan dalam kenyataan hari ini.

Gambar-gambar yang dipaparkan di media sosial itu menunjukkan bekas-bekas pemimpin berkenaan antara lain dalam keadaan terlantar di katil hospital dan ada yang menggunakan kerusi roda.

Mohamad berkata kerajaan Pakatan Harapan menyerahkan kepada proses undang-undang dan mahkamah untuk bertindak secara bebas dan adil dalam menghakimi kes-kes berkenaan.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast