SHAH ALAM – Bekas Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin meminta anggota dan para perwakilan parti itu supaya memrtingkatkan pengetahuan menghadami dasar kerajaan Pakatan Harapan.

Katanya, langkah itu penting untuk memastikan kualiti perwakilan dan anggota yang berpengetahuan tinggi, mampu membantu kerajaan mentadbir dengan baik dan berkesan.

“Kualiti anggota harus dipertingkatkan maka saya minta para angota akar umbi, ranting dan cabang menghadami polisi kerajaan untuk menyampaikan hasrat pembaharuan dan reformasi kerajaan sedia ada.

“Ia juga langkah kerajaan baharu ini mereformasikan kakitangan kerajaan sedia ada untuk melaksanakan segala agenda kesejahteraan rakyat,” katanya semasa penggulangan di Kongres Nasional Keadilan Ke-13 di IDCC di sini.

Beliau juga meminta para perwakilan supaya muhasabah diri kepada perkara lebih baik sebagai kerajaan memerintah.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu juga mengharapkan parti itu bersatu di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden Keadilan.

“Saya harap di bawah kepimpinan Anwar, kita berganding bahu dalam barisan kukuh dan membuat keputusan dalam nada kolektif supaya digeruni lawan.

“Kita ada ramai pemimpin bijak pandai belaka dan berwaibawa serta berketrampilan dan kenapa tidak kita memberikan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat dan negara,” ujarnya.

Zuraidah juga menegaskan peringkat akar umbi patut diperkukuhkan sebagai satu pasukan yang utuh dan bersatu jika mahu mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri kelapan dan memajukan parti.

Ahli Parlimen Ampang itu juga berjanji akan merealisasikan sasaran 30 peratus wanita sebagai Ahli Majlis Kerajaan Tempatan.

“Input wanita penting dalan semua polisi negara untuk melengkapkan input pembangunan negara dan penglibatan wanita akan mencerminkan parti bertambah progresif dan kaum adam jangan rasa tercabar,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast