ENGLAND – Chelsea menang dalam persaingan mendapatkan bintang Borussia Dortmund, Christian Pulisic.
Kelab Bundesliga itu menetapkan nilai klausa jualan 70 juta pound ke atas pemain tersebut.
Bagaimanapun The Blues dikatakan berdepan kekangan untuk memuktamadkan pembelian pemain itu pada Januari ini disebabkan risiko penggantungan terlibat dalam musim perpindahan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Ini kerana Chelsea sedang disiasat oleh FIFA atas dakwaan melanggar peraturan dalam pembelian pemain muda Traore yang kini berusia 18 tahun dan berkemungkinan berdepan penggantungan dua tahun daripada membeli pemain baharu.
Pemain berusia 20 tahun dari Amerika Syarikat itu memunjukkan bakat luar biasa dalam aksi malam tadi di Wembley meskipun pasukan itu tewas 3-0 kepada England dalam Liga National Eropah.
Kontrak Pulisic bersama Dortmund tamat pada tahun 2020 dan pasukan Bundesliga itu sedar pemain itu perlu dijual secara tunai untuk mengelak daripada dilepaskan secara percuma selepas dua tahun lagi.
Pulisic juga sudah memasang impian untuk meninggalkan kelab Jerman itu.
Manchester United dan Liverpool antara kelab terbesar Eropah yang berminat ke atas pemain itu.
Bagaimanapun Maurizio Sarri menang dalam perebutan khidmat pemain itu.
Pulisic juga dilaporkan tidak mahu menyambung kontrak bersama Dortmund memaksa kelab itu mencari jalan penyelesaian dengan menjual bintang itu.- MalaysiaGazette