Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Vida bercakap pada sidang media khas mengenai isu pemberian barang kemas kepada juara Gegar Vaganza 4, Aishah di One World Hotel, Bandar Utama, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 09 OKTOBER 2018.
Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Vida bercakap pada sidang media khas mengenai isu pemberian barang kemas kepada juara Gegar Vaganza 4, Aishah di One World Hotel, Bandar Utama, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 09 OKTOBER 2018.

KUALA LUMPUR – Kekecewaan Datuk Seri Aliff Syukri yang mendakwa tidak mendapat layanan yang baik sebagai penaja Gegar Vaganza (GV) 5 mendapat sokongan rakan baiknya, Datuk Seri Vida.

Vida dalam hantaran di media sosial berkata, sebagai penaja yang membayar RM2.6 juta secara tunai tetapi didakwa ‘menumpang’ dalam program GV memang menyakitkan.

“Padahal tiada penaja, ke laut rancangan. Walaupun ada penaja lain tapi kalau penaja promote produk kena hentam. Annoying la..ganggula. Macamana nak cari sales kalau tak promote produk. Kesian Aliff Syukri.

“Macam saya juga, asyik kena hentam sahaja. Saya pula tarik handbrake tahun ini.
Nak rest..cari idea baru tapi ada jiwa GV saya pergi juga semalam,” ujarnya lagi.

Semalam, Aliff sebagai GV5 meluahkan kekecewaan kerana tidak diberi ruang dan seakan dipermainkan kerana acara yang sepatutnya beliau mempromosi singlenya dipotong oleh penerbit pada acara pembukaannya semalam.

Vida juga menganggap dia seperti tidak diundang ke program GV walaupun diundang.

“Nabil dan Jihan tiga kali lalu depan saya usahkan tegur, pandang pun tak.Ya Allah..begini rupanya ya..nasib penaja,” katanya.- MalaysiaGazette

http://malaysiagazette.com/blog/2018/11/19/taja-juta-juta-habis-manis-sepah-dibuang-kata-aliff-syukri/

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast