KUALA LUMPUR – Lebih 100 buah laporan polis telah dibuat ke atas Menteri di Jabatan Perdana, P. Waytha Moorthy yang disifatkan telah menyebarkan agenda perkauman sehingga menganggu gugat keharmonian negara ini.
Malah tindak tanduk Waytha Moorthy itu dianggap tidak melayakkan beliau untuk berada dalam Kabinet kerajaan Pakatan harapan (PH) kerana cuba membawa masuk fahaman ekstremis Hindraf.
Menurut Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohamed Nizham Abdullah Hamidi, pihaknya bukan berniat untuk mendapatkan publisiti murahan atau mencari kesalahan kerajaan yang ada kini sebaliknya berpendapat Waytha adalah ‘masalah’ dan perosak kepada perpaduan negara.
Kata Mohamed Nizham, laporan polis dibuat kerana mahu kerajaan memandang serius dengan beberapa tindak tanduk Waytha sejak akhir-akhir termasuk kedegilan untuk ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
“Kami bukan rasis. Ini juga bukan isu yang sengaja diperbesarkan untuk tujuan publisiti atau keuntungan semata-mata. Ini juga bukan isu Zahid Hamidi atau Hadi Awang.
“Ini adalah isu berkaitan kerharmonian negara. Ratifikasi yang cuba dibawa oleh Waytha di khuatiri akan mencetuskan keadaan huru hara dan ketegangan antara kaum setelah sekian lama. Ianya akan gangu gugat kestabilan negara.
“Kami jelik dengan Waytha, bukan dengan masyarakat India atau Cina. Waytha ini melampau, beliau cuba masuk idealogi Hindraf dengan perpecahan antara kaum setelah menjadi menteri.
“Kami berharap kerajaan kini akan celik dan melakukan sesuatu. Kami juga menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat apakah sebenarnya niat dan agenda Waytha sebenarnya. Tolong pandang serius, ini bukan main-main,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis bersama sekumpulan Pemuda UMNO di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi sebentar tadi.
Mohamed Nizham mengulas video temu bual beliau memburuk-burukkan Malaysia dirakam 10 tahun lalu, perkara itu menjadi bukti bahawa Waytha Moorthy pernah berbuat fitnah yang memalukan negara ini di Belanda 10 tahun lepas.
Tidak cukup dengan itu, isu ICERD menjadi panas di Parlimen sehingga menyebabkan rata-rata wakil pembankang ‘mengamuk’ sehingga menyebabkan Waytha terduduk dan tidak menyambung perbahasan semalam.
Ekoran insiden itu, sesi Dewan Rakyat kelmarin kecoh apabila barisan pembangkang menggelar Waytha Moorthy sebagai rasis.
Anehnya, tidak ada seorang Ahli Parlimen dalam kerajaan PH yang bangkit mempertahankan Waytha sehingga menyebabkan beliau menyatakan akan menjawab setiap persoalan melalui jawapan bertulis sahaja.
Jelas Mohamed Nizham, insiden dalam Dewan Rakyat juga akan menyebabkan kejadian ketegangan kaum kerana rata-rata rakyat dapat mengakses video perbahasan itu.
“Semua orang marah dan memaki hamun beliau dengan perkataan-perkataan seperti laungan rasis semalam. Bayangkan, ini baru dalam Dewan.
“Apa yang akan berlaku apabila orang awam mengakses tentang video selain daripada kedegilan Waytha untuk terus ratifikasi ICERD seboleh-bolehnya.
“Semalam wakil MIC sendiri dalam kalangan India, Datuk C. Sivarrajjh juga bangkit membidas tindakan Waytha bercakap memburukkan kerajaan terdahulu gagal membela masyarakat India.
“Hakikatnya, masyarakat India juga sangat marah dengan Waytha. Kita hidup bersatu padu tetapi agenda Waytha sesuatu yang tidak dapat di fahami.
“Mengapa ada Menteri seperti ini dalam kabinet PH? Yang cuba pecah belahkan kaum? Kita tidak rasis, kita tidak tentang hak orang India Cina dan lain-lain Cuma junjung perlembagaan yang ada sebelum ini, itu sahaja,” tegasnya.
Waytha Moorthy selaku pemimpin utama pertubuhan radikal, Hindraf memburuk-burukkan negara kepada negara luar dengan menyebarkan kenyataan palsu berupa fitnah jahat terhadap negara.
Katanya, ia menggambarkan seolah-olah Malaysia menghadapi masalah pencabulan hak asasi yang kronik dan melakukan penindasan teruk kepada kaum dan penganut agama lain, antaranya merobohkan kuil Hindu dan menafikan hak asasi kaum lain.-MalaysiaGazette