kuil
Kenderaan yang dibakar orang ramai susulan daripada insiden rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 27 NOVEMBER 2018.

PETALING JAYA – Nampaknya keadaan semakin tegang di sekitar Kuil Sri Maha Mariaman di Seafield dekat sini apabila sebuah kereta dibakar.

Dalam keadaan api marak dan asap berkepul-kepul menyelubungi kawasan itu rata-rata mereka yang merusuh menjerit-jerit mahu menteri datang.

MGF27112018_KEKECOHAN DI KUIL02
Kenderaan yang dibakar orang ramai susulan daripada insiden rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 27 NOVEMBER 2018.

Sehingga pukul 2 pagi, keadaan di situ masih dipenuhi ramai orang rata-rata masyarakat India dan berarak ke pejabat pemaju yang terlibat mahu membangunkan kuil berkenaan.

Mereka berarak beramai-ramai lebih kurang satu kilometer dan membaling batu dan objek tajam ke arah bangunan syarikat One City.

WhatsApp Image 2018-11-27 at 2.25.53 AMPasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan FRU juga kelihatan di kawasan yang sama dan mengambil langkah berjaga-jaga.

MGF27112018_KEKECOHAN DI KUIL05
Beberapa buah kenderaan Pasukan Simpanan Persekutuan tiba di tempat kejadian namun dihalang orang ramai susulan daripada insiden rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 27 NOVEMBER 2018.

Sebelum itu, pada pukul 1 pagi tadi, wakil perusuh memberi masa satu jam kepada menteri-menteri termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waytha Moorthy datang menyelesaikan masalah melibatkan kuil berkenaan.

Kata mereka, jika dalam tempoh itu tidak ada menteri yang datang mereka akan mengambil tindakan sendiri kepada pihak pemaju.

Setakat ini, tidak ada seorang pun menteri berketurunan India yang tampil di kuil Sri Maha Mariamman walaupun suasana di situ semakin tegang.

Terdahulu, menteri-menteri India hanya membacakan kenyataan berhubung insiden keganasan di kuil tersebut yang sehingga kini telah menyaksikan 17 orang ditahan.

Itu pun mereka menyalahkan pihak PDRM kononnya sambal lewa menangani keadaan tersebut yang turut mengakibatkan lebih 10 kenderaan rosak gara-gara dibakar dan dimusnahkan.

Keadaan itu ternyata menimbulkan kemarahan yang meluap-luap dalam kalangan ribuan penganut Hindu yang berkumpul di perkarangan kuil tersebut sejak petang semalam.-MalaysiaGazette

http://malaysiagazette.com/blog/2018/11/27/dalam-suasana-semakin-tegang-mereka-bertanya-mana-waytha/

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast