KUALA LUMPUR – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mengurniakan darjah kebesaran Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi darjah kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK.) Al-Muhammadi kepada Tengku Permaisuri Norashikin.
Istiadat Pengurniaan berlangsung di Balai Menghadap, Istana Alam Shah, Klang yang disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj serta rombongan dari Istana Kelantan dan Orang-orang Besar Istana Selangor turut hadir dalam majlis itu. – MalaysiaGazette