PADANG BESAR- “Jika nak buat, buat sampai habis.” Itu kata-kata keramat arwah ibu kepada bekas pendaki negara, Azim Afif Ishak, yang menyuntik semangatnya untuk menawan puncak Everest pada 2016.

Pemuda berusia 29 tahun itu berkongsi pengalaman getir sebelum tiba ke puncak dunia dalam Misi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Everest-Tibet 2016.

Beliau menjalani latihan fizikal membina kekuatan otot kaki dan bebanan spesifik selama tiga tahun bagi memenuhi keyakinannya untuk menawan puncak tertinggi dunia itu.

Menurutnya, perjalanan menuju puncak itu bukan mudah malah dua kali misi terpaksa ditangguhkan kerana rintangan runtuhan salji pada 2014 dan gempa bumi pada 2015.
Bagaimanapun kegigihan dan ketabahan itu berbayar apabila misi pada 2016 telah membawanya ke puncak bersalji setinggi 8,848 meter itu.

“Saya bersyukur kerana hanya mengalami gigitan fros sedangkan ada pendaki yang mati sebelum sempat menawan puncak disebabkan serangan penyakit altitud,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast