Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. foto FAREEZ FADZIL, 03 DISEMBER 2018
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. foto FAREEZ FADZIL, 03 DISEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO membidas tindakan MCA yang bercadang untuk membubarkan komponen Barisan Nasional (BN) yang sepatutnya dilakukan secara konsensus atau sebulat suara oleh semua pihak.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata,  MCA tidak mempunyai hak melakukan sedemkian dan sepatutnya duduk semeja  walaupun ianya hanya sekadar cadangan ketika ini.

“MCA hanya salah satu daripada lima parti teras, seharusnya mereka berbincang dahulu tentang pembubaran BN. Mereka bertindak sendiri.

“Mereka tidak mempunyai hak sebenarnya untuk melakukan sedemikian. Walaupun hanya sebulat suara tetapi perlu dilakukan secara konsensus.

“MCA ada datang berjumpa saya tentang cadangan ini namun kita belum berbincang dengan parti-parti lain,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen sebentar tadi.

MCA meluluskan usul membubarkan BN dan membentuk perikatan baharu dalam Perhimpunan Agung Tahunan di Wisma MCA semalam.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, persetujuan dibuat sebulat suara kecuali seorang perwakilan tidak bersetuju tanpa menamakan individu tersebut.

Ka Siong berkata, soal desakan untuk pembubaran BN bukannya ada kaitan dengan bilangan kerusi yang dimiliki sebaliknya ia adalah konsensus pembentukan perikatan itu.

Dalam pada itu Zahid juga memberi ‘amaran’ berbaur nasihat kepada MCA seandainya mahu terus kekal dalam landskap politik negara selepas ini.

“Kita hormat dengan cadangan dan pendirian MCA. Tetapi MCA juga perlu sedar tentang kedudukan mereka sebenarnya.

“Wakil mereka di Dewan Rakyat hanya satu sahaja, itupun kerusi yang majoritinya Melayu. Saya pasti mereka tahu tentang kedudukan itu sebenarnya,” tegas Zahid. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast