Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian enggan mengulas lagi mengenai isu Pulau Kukup di Johor yang menjadi pertikaian antara kerajaan Persekutuan dengan Istana Johor sebelum ini.
Malah, beliau menyifatkan isu tersebut sudah selesai kerana telah menjawab mengenainya di Dewan Undangan Negeri (DUN). Menurutnya, penggulungan mengenai perkara itu juga sudah dibuat dan tidak ada isu lagi untuk dibangkitkan.