KUALA LUMPUR – Syarikat pengedar Honda, Sri Utama Auto Sdn. Bhd. telah memecat pekerja wanita yang telah mengkritik kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.
Pemecatan Caryn Yean berkuatkuasa serta-merta.
Pengarahnya, Wong Chee Keong berkata, tindakan itu dibuat selepas siasatan dalaman dijalankan.
Chee Keong berkata, Yean didapati melanggar polisi syarikat dengan tindakan salah lakunya.
Komen Yean berhubung kematian anggota bomba itu menjadi viral selepas dia menulis “bukan kerajaan gagal…tuhan u yang gagal xsembuhkan adib”.
Kenyataan yang dibuatnya itu telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak sehingga mendesak syarikat automobil itu mengambil tindakan tegas.
Sri Utama Auto telah memohon maaf secara terbuka terhadap kenyataan yang tidak sensitif itu.
Susulan itu, Yean telah digantung kerja pada 18 Disember dan siasatan dalaman dimulakan.
Dalam kenyataan pendeknya itu, Chee Keong sekali lagi memohon maaf terhadap komen Yean yang telah mengguris perasaan.
Katanya, pihak syarikat akan memberi perhatian dalam latihan dan pendidikan kepada kakitangan-kakitangannya dengan nilai moral yang tinggi dan menghormati setiap individu pada setiap masa. – MalaysiaGazette
Honda gantung kakitangan wanita kritik kematian Muhammad Adib