Saifuddin Nasution Ismail.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyempurnakan gimik perasmian pada Majlis Penyampaian Sijil FTM dan Penyerahan Kenderaan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 20 DISEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melantik pengerusi PKR negeri secara membuta tuli sebaliknya ia dilakukan mengikut perlembagaan parti.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, seseorang presiden berkuasa melantik pengerusi negeri setelah berunding dengan ketua ketua cabang partinya.

“Sebaik sahaja kongres dan pemilihan parti berakhir, Anwar mengambil masa sebulan lebih kerana untuk berunding. Kalau soal adakah dia berunding, jawapanya ya..dengan semua ketua cabang? ya..dari Perlis sampai Sabah? ya..

“Setelah berunding, perlembagan parti menyatakan presiden boleh melantik seorang dan dia buat pelantikannya. Maka adalah tanggungjawab parti di semua peringkat menghormati proses itu,” katanya kepada pemberita di sini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu berkata demikian selepas majlis Penyampaian Sijil Food Truck Malaysia dan Penyerahan Kenderaan Program Transformasi Peniaga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna hari ini.

Jelas beliau, adalah tidak wajar semua pihak terus mempertikaikan pelantikan yang dilaksanakan presiden partinya kecuali presiden langsung tidak berunding dan menggunakan kuasa dan mengumumkan pengerusi-pengerusi negeri.

“Ada ketua-ketua cabang dia (Anwar) panggil ke pejabatnya dan ada yang dia sendiri turun ke cabang itu untuk berunding. Saya tahu sebelum dia bercuti, negeri terakhir dia sampai berunding ialah Sabah dan Sarawak dan memenuhi ketetapan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan parti,” ujarnya.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu menasihati anggota parti jikalau mengambil sikap menghormati keputusan itu akan melegakan semua pihak dan tidak tumbul masalah.

“Kita juga tidak memerlukan proses pemulihan dan sebagainya untuk isu ini,” katanya. – MalysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast