Bursa Malaysia dibuka dengan kecenderungan negatif hari ini, berikutan harga minyak sawit mentah (MSM) dan harga minyak mentah yang rendah terus mempengaruhi sentimen pasaran.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Bursa Malaysia dibuka lebih rendah hari ini dengan aktiviti pengambilan untung selepas indeks utama mengakhiri dagangan pada paras tertinggi harian sebelum ditutup bagi menyambut Hari Natal.

Pasaran tempatan juga menjejaki arah aliran menurun dalam pasaran Amerika Syarikat (AS), yang mencatat penurunan ketara sehari sebelum Hari Natal.

Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 12.26 mata kepada 1,671.56 daripada 1,683.82 penutup Isnin.

Indeks itu dibuka 15.13 mata lebih rendah pada 1,668.69.

Kaunter turun mengatasi naik sebanyak 245 berbanding 39 dengan 110 tidak berubah manakala 1,491 tidak didagangkan dan 35 yang lain digantung.

Sejumlah 101.98 juta saham bertukar tangan bernilai RM37.18 juta. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast