BARCELONA – Barcelona dikatakan bersedia untuk menjual Philippe Coutinho demi mendapatkan pemain muda terbaik dunia ketika ini iaitu Kylian Mbappe.
Menurut laman Times Now News, Mbappe yang kini merupakan pemain utama di Paris Saint-Germain (PSG), dikaitkan dengan perpindahan ke Sepanyol untuk menyertai Barcelona.
Namun perpindahan itu mempunyai cerita di sebaliknya oleh Barcelona.
Ini kerana kelab Catalan itu dikatakan tidak mahu melihat Neymar yang kini juga bersama PSG kembali semula ke La Liga dengan menyertai Real Madrid.
Justeru Coutinho akan dijadikan korban untuk mendapatkan Mbappe dan dalam masa yang sama mematikan langkah Neymar ke Real Madrid.
Neymar dikatakan tidak begitu gembira dengan kehidupan di Paris. – MalaysiaGazette