Menteri Industri Utama Teresa Kok menafikan dakwaan bahawa lawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad ke China baru-baru ini merupakan
Teresa Kok

KUALA LUMPUR – Malaysia menggesa Norway supaya menyemak semula pengharaman bahan api berasaskan minyak sawit dan menjemput pembuat dasar negara tersebut datang ke Malaysia untuk memahami dan melihat sendiri amalan kelestarian yang dilaksanakan Malaysia.

Menteri Perusahaan Utama, Teresa Kok berkata, tindakan Norway mengharamkan bahan api bio berasaskan minyak sawit itu adalah bertentangan dengan hubungan perdagangan dua hala di antara Malaysia dengan Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA) yang turut disertai Norway.

Ini sekaligus mungkin menjadi halangan besar di dalam pemuktamadan rundingan kerjasama di antara Malaysia dengan EFTA, katanya.

“Tanpa akses pasaran yang adil, Malaysia tidak ada kepentingan untuk meneruskan rundingan yang hanya akan memberi impak buruk kepada rakyatnya terutama terhadap 650,000 pekebun kecil kelapa sawit yang sedang berhadapan risiko (disebabkan dasar tersebut),” tegasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Teresa, Malaysia telah melakukan pelbagai usaha di dalam memastikan industri sawit di negara ini lestari dan mesra alam sekitar.

“Bagaimanapun, usaha-usaha tersebut tidak dihargai dan dipandang sebelah mata oleh Eropah termasuk Norway yang berterusan melabelkan minyak sawit Malaysia sebagai tidak lestari.

“Kami melihat perkara ini adalah sesuatu yang tidak adil dan saksama serta bertentangan dengan perdagangan bebas dan adil.

“Ini pastinya bukan sesuatu yang dipandang ringan oleh Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Teresa, perjanjian kerjasama EFTA perlu menyediakan akses pasaran yang adil kepada semua negara yang terlibat seperti Malaysia, Norway, Switzerland, Liechtenstein dan Iceland.

Ini termasuklah keadilan terhadap minyak sawit lestari yang dihasilkan oleh Malaysia.

Parlimen Norway baru-baru ini meluluskan undi untuk mengharamkan penggunaan bahan api bio berasaskan minyak sawit.

Ini sekali gus menjadikannya negara pertama membuat dasar sedemikian.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast