Statistik JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Jumlah perkahwinan menurun 4.9 peratus daripada 200,274 (2016) kepada 190,532 (2017).

Berikutan itu, kadar perkahwinan kasar (CMR) mencatatkan penurunan daripada 6.3 (2016) kepada 5.9 (2017) bagi setiap 1,000 penduduk.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, bilangan perkahwinan Orang Islam1 yang direkodkan pada 2017 adalah 134,008, penurunan 6.1 peratus berbanding 142,712 (2016).

CMR mencatatkan penurunan daripada 7.4 (2016) kepada 6.8 (2017) bagi setiap 1,000 penduduk Orang Islam.

Perkahwinan Orang Bukan Islam turut merekodkan penurunan 1.8 peratus kepada 56,524 (2017) berbanding 57,562 (2016).

Oleh itu, CMR mencatatkan penurunan daripada 4.7 (2016) kepada 4.5 (2017) bagi setiap 1,000 penduduk Orang Bukan Islam.

Menurut beliau, bilangan perceraian menurun 3.2 peratus daripada 51,642 (2016) kepada 49,965 (2017). Walau bagaimanapun, kadar perceraian kasar (CDR) kekal pada 1.6 bagi setiap 1,000 penduduk.

Katanya, bilangan perceraian Orang Islam yang direkodkan pada 2017 adalah 39,709, penurunan 3.0 peratus berbanding 41,030 (2016).

CDR menurun daripada 2.1 kepada 2.0 bagi setiap 1,000 Orang Islam.

Perceraian Orang Bukan Islam juga turut menurun 3.4 peratus daripada 10,612 (2016) kepada  10,256 (2017) dan CDR bagi Orang Bukan Islam bertambah baik daripada 0.9 (2016) kepada 0.8 (2017). – MalaysiaGazette