KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) melalui anak syarikatnya PC Oman Ventures Ltd, (PCOVL) telah menyelesaikan transaksi pengambilalihan kepentingan 10 peratus dalam Blok 61 medan gas Al Khazzan Oman daripada Makarim Gas Development LLC (MGD).

Dalam satu kenyataan hari ini, Petronas berkata, MGD adalah subsidiari syarikat minyak penerokaan dan pengeluaran LCC Oman (OOCEP).

Katanya, penyelesaian transaksi itu dirasmikan pada majlis yang diadakan di Muscat, Oman selepas syarat-syarat untuk transaksi telah dipenuhi

“Berikutan pengambilalihan tersebut, PCOVL dan MGD memegang kepentingan masing-masing 10 peratus dan 30 peratus manakala BP Exploration Ltd sebagai pengendali 60 peratus kepentingan.

“Pengambilalihan tersebut menandakan langkah penting dalam merealisasikan strategi pertumbuhan Petronas dalam sektor huluan di rantau ini dan di peringkat global ketika ia menyelaras aktivitinya bagi memastikan bekalan tenaga yang mampan,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast