Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini menyerahkan baki penajaan kejohanan-kejohanan hoki anjuran Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) berjumlah RM4 juta.
Pengurus Besar (Hal Ehwal Korporat) TNB, Datuk Omar Sidek berkata, ia merupakan baki tajaan daripada RM20 juta untuk tempoh lima tahun sejak 2015.
“Sejak 2006, TNB telah menaja sukan hoki dan ini merupakan kesinambungan usaha dalam melahirkan pemain hoki bertaraf dunia.
“Tajaan hari ini merupakan baki daripada penajaan sejak 2015 yang berjumlah RM20 juta,” katanya berucap pada Majlis Penyerahan Tajaan TNB kepada MHC dan Pengenalan Pasukan Hoki TNB2019 di Kompleks Sukan TNB Bangsar, hari ini.