KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) dianggap kerajaan zalim kerana ‘mencuri’ wang rakyat dengan tidak menurunkan harga petrol.
Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mereka merompak wang rakyat dengan menaikkan harga minyak sedangkan harga bahan bakar itu sepatutnya sudah turun berdasarkan harga mminyak mentah dunia.
“Kalau harga sepatutnya RM1.90 (berbanding harga kekal RM2.20 sekarang) 40 sen mereka rompak, ratusan ribu pengguna, 24 jam sehari, tujuh hari seminggu
“Mereka (kerajaan PH) juga tidak minta kebenaran pun. Masa saya timbalan menteri kewangan, mekanisme iitu jika harga pasaran lebih rendah daripada sepatutnya, bakinya dikenakan tax oleh kerajaan.
“Mereka merompak wang rakyat menaikkan harga minyak sepatutnya turun (ikut sistem apungan),” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam soal jawab ‘Harga Petrol, Rakyat di SST (Samun Secara Terancang) di Ibupejabat UMNO malam tadi.
Ahmad juga menyifatkan apa yang berlaku sevagai ‘rompaan di tengahari buta’.
Bekas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bandar Tun Razak yang juga seorang peguam, Adnan Seman menjadi moderator.
Ahmad juga menganggap rejim PH sekarang bukan sahaja kerajaan u turn malah sudah boleh dianggap kerajaan v- turn kerana membuat pusingan tajam berbentuk v bukan lagi pusingan u.
Subsidi pukal petrol juga disifatkan Ahmad sebagai subsidi tersasar kerana ia tidak adil kerana memberi keuntungan kepada mereka yang kaya dan memiliki banyak kenderaan.
“Saya bukan bukan penyebar fitnah. Ini fakta dan rakyat boleh menilai..rindu benar zaman BN,” katanya lagi.
Beliau juga mengulangi kenyataan yang beliau tidak sesekali akan melompat dari UMNO seperti sesetengah wakil rakyat UMNO yang lain.- MalaysiaGazette