Dua suspek berusia 31 dan 40 tahun yang disyaki melarikan seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun di Rasah Jaya, semalam, direman empat hari bermula hari ini.
Polis mendapatkan reman selama tiga hari bagi menyiasat seorang lelaki yang memandu melawan arus hingga menyebabkan kemalangan membabitkan tiga kenderaan semalam.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Anak seorang Menteri Kanan yang berusia 31 tahun ditahan selepas positif dadah di sebuah pusat hiburan terkemuka di Jalan Ampang awal pagi tadi.

Suspek ditahan dalam ‘Ops Pusat Hiburan Bersepadu’ oleh bahagian Narkotik Balai Polis Daerah Dang Wangi.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob yang mengesahkan penahanan suspek itu yang kemudian telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Kata beliau, ketika serbuan dilakukan terhadap lebih 101 induvidu, hanya dua orang termasuk anak Menteri tersebut positif dadah jenis ganja.

Kes ini kini sedang disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan, ia membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun. – MalaysiaGazette