Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin berkata, Pakatan Harapan mungkir janji sejak mula memerintah negara pada 10 Mei tahun lalu.

Kenyataan itu dibuat susulan pengumuman pelantikan muka baharu dalam kalangan pemimpin Parti Pribumu Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam syarikat berkaitan kerajaan.

“Malaysia Baharu…Mungkir janji sejak 10 Mei 2018,” sindir Ahli Parlimen Rembau itu melalui Twitter.

Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun hari ini mengumumkan pelantikan Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) yang baharu.

Mohamed Haniff pernah menjadi peguam bela kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Rina turut mengumumkan pelantikan Profesor Emeritus Datuk Dr Sukiman Sarmani sebagai Pengerusi Universiti Teknikal MARA (UniTEK MARA) dan Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi selaku Pengerusi MARA Corporation Sdn Bhd.

Kedua-duanya anggota Majlis Tertinggi Bersatu.

Rina berkata, pelantikan itu mendapat persetujuan Perdana Menteri.

Sebelum ini, Perdana Menteri pernah menyatakan bahawa tiada lantikan politik dalam syarikat-syarikat milik kerajaan sebaliknya hanya hanya golongan profesional dan berkelayakan akan dilantik.

Ini kerana, kata Dr Mahathir, mereka yang dipilih semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional bukan atas kebolehan dalam pengurusan perniagaan tetapi lebih kepada penyokong parti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast