TERKINI : “KFC Naik Harga Sebab Terikat Dengan Perjanjian” – Saifuddin Nasution

QSR Brands telah menjelaskan kenaikan harga makanan yang disaji oleh restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) disebabkan kenaikan kos pengeluaran.

Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata penjelasan itu diberikan oleh syarikat milik Johor Corp itu pada pertemuan pada Jumaat lalu.

Beliau berkata QSR Brand memberitahu kenaikan kos pengeluaran itu disebabkan konsep rantaian dari satu peringkat ke peringkat lain.