Pelantikan pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk menerajui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mempunyai kelayakan dan kemahiran profesional boleh dipertimbangkan.
Demikian kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sambil menegaskan meskipun mereka mempunyai kepakaran dalam bidang profesional, namun ia bukan satu keutamaan dalam pelantikan itu.