Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Malayan Banking Bhd (Maybank) dipilih sebagai pemenang anugerah Bank Terbaik Tahun 2018 di Malaysia oleh majalah The Banker, menerusi inovasinya tentang bagaimana memberikan perkhidmatan terbaik dan berkualiti kepada pelanggannya.

Dalam kenyataan, The Banker Editorial berkata, Maybank telah melancarkan HouzKEY, produk sewa-milik inovatif, yang pertama seumpamanya di Malaysia, yang mengiktiraf jurang dalam pasaran untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan perbankan Islam.

“Dengan peningkatan permintaan bagi rumah mampu milik di negara, Maybank telah mewujudkan penyelesaian alternatif untuk pemilikan rumah menerusi skim pajakan yang tidak memerlukan deposit.

“Pelanggan diberikan kemudahan membayar sewa pada kadar tidak berubah untuk lima tahun, dan apabila tempoh itu tamat, diberi pilihan untuk membeli hartanah itu pada harga yang dipersetujui pada permulaan kontrak, terus menyewa dengan kadar sewa tahunan naik dua peratus, atau menamatkan kontrak tanpa sebarang obligasi,” katanya.

Skim itu patuh syariah, berdasarkan prinsip pajakan Ijarah.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Datuk Abdul Farid Alias berkata, asas kejayaannya diunjurkan pada misi bank dalam memberikan perkhidmatan kewangan bercirikan kemanusiaan, yang mendorongnya untuk melakukan inovasi dan menawarkan penyelesaian kewangan yang dapat meningkatkan kualiti kehidupan pelanggan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast