KUALA LUMPUR – Desas desus yang semakin ‘kuat’ MIC tidak akan mempertahankan kerusi tradisinya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) P078 Cameron Highlands apabila berkemungkinan besar komponen Barisan Nasional (BN) menukar strategi.
Kali ini, khabarnya, BN akan meletakkan calon dalam kalangan orang Asli yang juga merupakan anak jati Cameron Highlands bagi memastikan kemenangan mutlak milik BN.
Pengumuman rasmi akan dibuat esok berhubung kebenaran desas desus berhubung calon Orang Asli yang telah dikenalpasti sebagai bekas polis, Assisten Komisioner Ramli Mohd Noor juga merupakan dalam kalangan Suku kaum Semai dari Pos Mensoon.
Bagaimanapun, timbul satu lagi persoalan adakah Presiden MyPPP, Tan Sri M. Kavyeas yang sebelum ini membuat pengumuman akan bertanding bagi kerusi Parlimen ini sekaligus berpeluang besar untuk menumbangkan terutamanya calon MIC.
Ini berikutan kerja keras Kavyeas yang sangat terkenal dengan nama timangannya, ‘Uncle Bond’ mempunyai sokongan majoriti rata-rata masyarakat India dan Orang Asli di Cameron Highlands.
Pastinya undi beliau juga akan datang dalam kalangan mereka-mereka ini.
Tetapi adakah dengan meletakan calon Orang Asli selain daripada MIC tidak bertanding itu menyebabkan beliau juga tidak jadi bertanding?
ARTIKEL BERKAITAN: Orang Asli calon BN PRK Cameron Highlands?
Sumber memberitahu, adakah impian untuk Kavyeas untuk bertanding sebagai calon bebas itu tidak akan menjadi kenyataan kelak kerana strategi terbaru BN kali ini?
Sebelum ini juga wujudnya ‘cakap-cakap’ ada kemungkinan dalam kalangan Pakatan Harapan (PH) yang tidak berapa senang dengan DAP mahu Kavyeas bertanding mungkin bertujuan ‘pecah undi’.
“Harap-harap Kavyeas tidak membuat pusingan ‘U’ dengan tidak jadi bertanding pula. Kita juga mahu melihat kekuataan beliau,” katanya.
Setakat ini, PH sudah meletakan calon mereka, M. Manogaran dari DAP yang juga pernah kalah dua kali bertanding di Cameron Highlands, Kavyeas dari MyPPP dan kini Gerakan juga menunjukan minat bertanding.
Pada sidang media Ahad lepas, ketika ditanya samada beliau mampu untuk meraih kerusi berkenaan, Kayveas berkata peluang untuk beliau memenangi kerusi berlainan adalah 50-50.
“MyPPP ada peluang untuk menang, 50-50 sebab tidak ada peluang yang jelas tapi saya yakin kita ada peluang, nampak keadaan parti lain, kami jadi kuasa politik ketiga selain BN dan PH,” ujarnya. –MalaysiaGazette
http://malaysiagazette.com/blog/2018/12/28/peluang-untuk-kavyeas-di-cameron-highlands-juga-cerah/