KUALA LUMPUR – Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat sebanyak 2.5 peratus pada bulan November 2018 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Pertumbuhan pada bulan November 2018 disokong oleh peningkatan dalam indeks pembuatan (3.6%) dan indeks elektrik (3.2%).

Manakala indeks perlombongan mencatatkan penyusutan sebanyak 0.7 peratus, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Output sektor pembuatan meningkat sebanyak 3.6 peratus pada bulan November 2018 selepas mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.4 peratus pada Oktober 2018.

Subsektor utama yang menyumbang kepada pertumbuhan pada bulan November 2018 adalah produk kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain (8.3%), produk peralatan elektrik dan elektronik (5.3%) dan produk petroleum, kimia, getah dan plastik (3.4%).

Output sektor Perlombongan mencatatkan penyusutan sebanyak 0.7 peratus pada bulan November 2018 berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Penyusutan ini disebabkan oleh penurunan dalam indeks gas asli (-1.8%) dan indeks minyak mentah meningkat secara marginal 0.6 peratus.

Indeks sektor elektrik meningkat sebanyak 3.2 peratus pada bulan November 2018 berbanding bulan November 2017. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast