KUALA LUMPUR – “Saya hendak kata satu sahaja, nasib kita baik sebab esok PRK..saya dibebaskan awal dan mungkin tidak didakwa sehari dua ini”
Itu ayat pertama Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam kepada media dan para penyokongnya sebaik sahaja dibebaskan dengaan jaminan polis di Ibupejabat Polis Dang Wangi hari ini.
PRK (Pilihan Raya Kecil) yang dimaksudkan Lokman ialah penamaan calon PRK Parlimen Cameron Higlands esok.
Sebelum itu, Lokman ditahan di bawah Akta Hasutan ekoran kenyataannya yang mendakwa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Peguam Negara, Tommy Thomas cuba melindungi ‘pembunuh’ anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Kassim.
Dalam pada itu, Lokman berkata, PRK yang sama juga mungkin ‘menyelamatkannya’ daripada didakwa dalam masa terdekat.
Beliau juga mengulangi tetap dengan pendiriannya mahu ketiga-tiga tokoh yang didakwanya disiasat dan mendakwa mempunyai maklumat dalaman mengenainya termasuk memo arahan.
“Kami tidak sesekali berganjak. Saya bersedia berhadapan dengan mereka di mahkamah, kita ada bentuk maklumat dalam bentuk memo,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos pula mendakwa ‘pembebasan’ Lokman hari ini merupakan perkara luar biasa.
“Pembebasan ini ada kena mengena dengan siasatan terhadap anak Mat Sabu jadi bagi mengurangkan tekanan mereka terpaksa bebaskan Lokman,” dakwanya lagi.
Anak Mat Sabu atau Mohamad Sabu yang juga Menteri Pertahanan itu ditahan polis baru-baru ini kerana disyaki positif ganja. – MalaysiaGazette
Si Badut2 UMNO tak habis2 Cuba mengalihkan kes Si Cerdik “Lobak” dgn mengaitkan nya dgn kes Anak Mat Sabu yg positive dadah.
Antara kes Anak Mat Sabu dgn kes Lobak Lokman yg melibatkan “Arahan Siasatan Polis” kematian Adib, yg mana lebih serious?