Presiden MyPPP, Tan Sri M Kayveas secara mengejut bertindak menarik diri pada saat-saat akhir dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) P078 Cameron Highlands sebentar tadi.
Beliau juga membuat kejutan apabila mengumumkan dirinya akan berhempas pulas memastikan kemenangan besar bagi calon Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran selain daripada ikrar taat setia terhadap kepimpinan Tun Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kavyeas membuat pengumuman itu di perkarangan pusat penamaan calon di SMK Sultan Ahmad Shah, Cameron Highlands bersama kira-kira 30 penyokong beliau yang turut membawa sepanduk logo MyPPP.